12/06/2010

CULVERT HILANG DI TAPAK JOM PAINTBALL

Sedih betul mengenangkan ada juga yang mengambil jalan singkat bagi mendapatkan barang bagi kepentingan diri sendiri. Culvert yang diletakkan di tapak Jom paintball adalah amat diperlukan bagi kegunaan jalan ke tapak Jom paintball. Sekian lama mengumpul duit untuk membeli culvert, senang2 saja orang mengambilnya. Dulunya beli 4 biji culvert sekarang dan tinggal 2. Ini bermaksud saya memerlukan tambahan 4 biji culvert untuk kegunaan jalan Jom Paintball. Namun begitu saya redha dengan kehilangan culvert berkenaan. Nak buat camana. Dah bukan rezeki kita. Ini bermakna saya perlu mengeluarkan kos yang tidak dirancang bagi pembelian culvert. Dari segi keselamatan, tapak Jom paintball adalah kurang dari segi penjagaan dan keselamatan. Buat masa sekarang memang tidak mampu untuk mengupah penjaga bagi kawasan tersebut. Kalau hilang bermakna terpaksa redha aje lah. Ada kawan berpesan. Tidak mengapa kalau hilang. Jika hilang bermakna tuhan akan menambah rezeki berganda. Dari situ, saya tetap yakin dan berharap tuhan akan menggandakan rezeki di kemudian hari.

11/24/2010

BERSIH KAWASAN SEBELAH PETANG DI TAPAK JOM PAINTBALL

Pada sebelah petang, saya bersama kawan-kawan ke tapak Jom Paintball. Jika tidak melihat sehari rasa tak sedap badan. Ingin sahaja melihat keadaan sekeliling dan membersihkan apa-apa yang patut. Dapat peluhkan badan sedikit pun tidak mengapa lah. Asal badan terasa sihat dan bertenaga. Ada beberapa longgokan kayu yang perlu dibakar. Susah juga hendak menghidupkan api. Bila dah hujan susah nak kering kayu tu. Puas menunggu bila masa akan kering dan senang hendak dibakar. Ndak pulak hari semakin redup dan angin kencang. Asyik kali melihat keatas kalau-kalau terdapat kayu reput. Waspada kalau kayu terjatuh dan menimpa. Sedikit sebanyak beberapa kawasan telah dibersihkan, tapi banyak juga kerja permbersihan perlu dilakukan. Tambahan kalau kerja dari pagi sampai petang. Terpaksalah menunggu petang atau pun hari cuti. Sampai rumah pun dah dekat jam 6. Dapat lah buat kerja dalam 1 jam. Itupun kalau dah jam 7 memang tempat tu dah gelap. Paling elok jam 6.30 dah kena keluar dari kawasan tapak.

11/22/2010

CEROBOH HUTAN KAWASAN JOM PAINTBALL

Risau gak bila terjadinya pencerobohan dan penebangan balak di kawasan tapak projek Jom Paintball. Di dalam kawasan permainan Jom Paintball terdapat 2 batang balak yang sudah di tanda untuk penebangan hutan oleh pembalak haram. Jika terjadinya perkara tersebut bermakna kawasan permainan akan rosak dan konsep tempur hutan tidak menjadi kenyataan. Tali penanda yang dilakukan disekeliling kawasan Jom Paintball juga telah diputuskan. Namun begitu laporan telah dilakukan kepada Pejabat Perhutanan berdekatan. Jika berlaku pencerobohan di tanah milik persendirian, pihak jom Paintball dinasihatkan agar membuat laporan segera kepada Polis untuk tindakan selanjutnya. Setakat ini kawasan tapak Jom Paintball selamat. Yang sedihnya balak di sekeling tapak telah diambil menyebabkan menimpa pokok kecik di dalam kawasan Jom paintball. Ada la beberapa pokok yang patah.

11/16/2010

POKOK BERTAM DI TAPAK JOM PAINTBALL

Susah betul untuk men Nyah kan pokok bertam kat tapak jom paintball. Kalau pokok dah tua durinya kalau terkena tangan memang berbisa. Ada 4 pokok nak dibuang. 3 pokok bertam dah dicantas daun. Ada satu je lagi balance nak dikerjakan. 3 Pokok dah cuba dibakar tapi tak menyala pulak disebabkan hujan yang tidak berhenti beberapa hari lepas. Kalau dah kering senang ler nak menyala. Tunggu punya tunggu tak juga kering daun ni. Kalau tengok keadaan sekitar pun memang payah nak kering. Dengan pokok-pokok yang besar matahari pun tak mencecah bumi.Balance cuti hari raya boleh sambung mengerjakan pokok bertam tu. Kalau ada masa, lepas sembahyang raya pun bole kejap cantas daun bertam sikit2. Sikit-sikit taram nanti abis ler pokok tu. Kalau tak di buang nanti membahayakan keselamatan. Sesambil itu kerja menanda kawasan dengan tali telah dilakukan bagi mengelakkan kejadian kecurian kayu balak. Elok2 kita tebas semak pokok balak pulak hilang. Kalau konsep paintball jungle. Mesti ler pokok2 besar perlu dikekalkan. Kalau ler hilang pokok besar tu. Laporan polis akan dibuat dan saman keatas 1 batang balak di dalam kawasan lot persendirian boleh dilakukan. 1 batang balak bole dapat RM 100 ribu he.

11/03/2010

BARANG DAH BAYAR TAPI BELUM DIHANTAR LAGI DITAPAK JOMPAINTBALL

Semua barang ni saya dah bayar sepenuhnya. Tetapi saya minta agar sumer barang tak perlu hantar lagi. Kalau hantar karang mana nak letak.

6 ela Pasir Halus
10 Bag simen
20 Batang Tiang simen 12 kaki
1200 biji Bata Pasir
1 Frame Pintu
5 Bag Kapur Air (Putih)

Sape la kawan2 yang nak menolong mengangkat semua barang ke tapak Jom Paintball. Dari jalan masuk kedalam jauh gak tu.

PRODUSER PASANG METER BEKALAN AIR

Pagi semalam saya telah pergi ke Jabatan Bekalan Air Daerah Raub bagi mengetahui tatacara/produser bagi memasang bekalan air di tapak Jom Paintball. Maklumat yang diterima adalah seperti berikut dan perlu dipenuhi oleh Pihak JomPaintball. Disebabkan pihak Jompaintball adalah tanah hak milik maka segalanya adalah mudah dan tidak perlu mendapatkan sebarang kebenaran dari sesiapa. Namun begitu, syarat utama adalah, pemohon perlu menyediakan bangunan dahulu. Kalau tak de bangunan permohonan tersebut tidak dapat diluluskan.

1.Borang permohonan bekalan air (JBA-01a) RM 1.00
2.Fotostat salinan ic (Penama pada bil air)
3.Chop lesen tukang paip yang berdaftar dengan SPAN
4.Fotostat geran tanah (jika hak milik sendiri)
5.Fotostat surat kebenaran MDR/PTD (Jika tanah tol/Kerajaan)
6.Bayaran deposit (mengikut premis/kod bekalan jika mendapat kelulusan)
7.JBA akan memastikan paip dipasang mengikut peraturan.

CAJ BEKALAN AIR RAUB

Rumah kampung/Rumah kos rendah Deposit RM60/Kos pemasangan RM30.00
Rumah Kos sederhana Deposit RM80/Kos pemasangan RM30.00
Banglo (single storey / rumah kedai Deposit RM100 / Kos pemasangan RM30.00
Banglo (Double storey) Deposit RM150 / Kos pemasangan RM30.00
Kedai /Pejabat Deposit RM200 / Kos pemasangan RM30.00
Restoran Deposit RM300 / Kos pemasangan RM30.00
Pembinaan mengikut projek Deposit RM500 / Kos pemasangan RM30.00

11/02/2010

PROGRESS JOMPAINTBALL SEHINGGA 1.10.2010

Buat masa sekarang progress di tapak agak perlahan disebabkan beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan. Sehingga kini tapak parking telah dibuat namun begitu jalan tersebut belum lagi sempurna pada fasa pertama. Fasa kedua nanti apabila jalan dan timbunan tanah sudah mulai padat maka kerja pemadatan menggunakan jentera berat akan dilakukan. Tempahan culvert 4 biji telah dihantar ditapak dan perlu di tutup dengan tanah. Ditapak pula. Kerja-kerja bagi membuang pokok berduri telah dilakukan. Kesemua pokok berduri ada 4 pokok. 2 Pokok dan dicantas. Tunggu masa nak bakar. Petrol saya dah belii haa. Siap le pokok-pokok tu. Hangus karang kena bakar. Barang lain dah order dan dah dibayar pun. Tapi saya holdkan dulu penghantaran barang setelah kerja jalan disiapkan.

10/22/2010

UKURAN KE2 TAPAK JOM PAINTBALL

Saya menerima sms dari perunding-juruukur bahawa ukuran tapak kali kedua telah dilakukan bagi memastikan tapak yang sebetulnya. Susah juga bila batu pancang yang berada di jalan utama telah hilang disebabkan kerja-kerja pemasangan paip air. Panduan adalah berdasarkan batu pancang yang agak jauh. Petang lepas kerja boleh mula merintis jalan. Bayaran telah pun dibuat RM900 sebagai bayaran mencari sempadan tanah. Nasib baik tak mahal. Bimbang juga kalau duit yang ada sedikit sahaja. Tapi nak kena simpan duit untuk sewa Back Hoe pulak. Agak-agak dalam 2 hari kena sewa. Kalau RM 400 sehari bermakna saya kena spend sebanyak RM800 untuk sewa Back Hoe. Yang penting aspek penyediaan tapak adalah teratur. Petang ini janji dengan Abg Faiz untuk tengok kawasan. Kena bawak parang untuk kerja-kerja merintis. Cuti sabtu,ahad dan isnin (keputeraan Sultan Pahang) bole mulakan kerja-kerja menebas.

Sahli + lias ...jangan luper hayun tangan ye..banyak semak tu de.

10/21/2010

DOC DAH SERAH PADA LHDN

Tandatangan pemilik terdahulu telah didapati,serahan dokumen kepada LHDN pun sudah. So, sekarang kena tunggu surat penilaian dari LHDN. Agaknya bila la dapat surat penilaian tersebut. Kalau cepat lagi bagus. Surat penilaian tersebut perlu diserahkan kepada Pejabat Tanah. Bila hal tanah tersebut selesai maka masalah telah semakin berkurang. Sikit demi sedikit makin lama nampak jalan dihadapan. Peluang sudah semakin berada dekat. Yang terdekat adalah memastikan lokasi sebenar tapak dan batu pancang bagi memastikan ianya sebenar-benar tepat. Dan tiada masalah lain yang akan timbul nanti. Bila batu pancang dah dapat boleh lah kita jalankan kerja-kerja pembersihan. Malam tadi sampai jam 1 pagi berborak dengan Pengurus Operasi. Berbincang dari segi matlamat jangka pendek/ jangka panjang, kerja pembersihan, sempadan tanah, kedudukan komponen bangunan bilik kebal, dan perancangan masa hadapan berkaitan tempat penginapan dan juga gerai makan. Timbul juga cerita dulu kala, hehe. Kisah sedih pun ada. Begitu la hidup. Kalau takder semua pengalaman tu tidak lah seronok.


10/19/2010

PENGESAHAN TANAH JOM PAINTBALL DI PEJ. TANAH

Jam 1.30 tengahari saya bertolak ke Dong untuk membawa Pemilik asal tanah Jom Paintball ke Pejabat Tanah bagi proses pengesahan pemberian pemilikan kepada pemilik baru. Proses ini perlu dilakukan bagi mendapat pengesahan adakah pemberian ini betul atau pun palsu. Setelah sesi tandatangan dihadapan saksi di Pejabat Tanah selesai. Saya perlu membawa dokumen tersebut ke Pejabat Hasil Dalam Negeri bagi proses selanjutnya. Banyak juga proses yang terpaksa dilalui rupanya. Ingatkan senang tapi getir juga disebabkan masa yang suntuk. Walaubagaimanapun ada satu masalah, pemilik asal terlupa tandatangan di satu borang. Adusss. Camana nak buat sedangkan pemilik asal tadi telah turun semasa saya menghala dari Pejabat Tanah menuju ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. Saya cuba telefon tapi pemilik asal tidak membawa handset rupanya. Namun begitu, pegawai LHDN telah mendaftarkan dahulu dokumen yang dibawa, dan dokumen yang belum ditandatangani hendaklah diserahkan pada keesokan hari.

psstt..Kepada Pegawai/kakitangan LHDN Jom Kita Main Paintball