12/06/2010

CULVERT HILANG DI TAPAK JOM PAINTBALL

Sedih betul mengenangkan ada juga yang mengambil jalan singkat bagi mendapatkan barang bagi kepentingan diri sendiri. Culvert yang diletakkan di tapak Jom paintball adalah amat diperlukan bagi kegunaan jalan ke tapak Jom paintball. Sekian lama mengumpul duit untuk membeli culvert, senang2 saja orang mengambilnya. Dulunya beli 4 biji culvert sekarang dan tinggal 2. Ini bermaksud saya memerlukan tambahan 4 biji culvert untuk kegunaan jalan Jom Paintball. Namun begitu saya redha dengan kehilangan culvert berkenaan. Nak buat camana. Dah bukan rezeki kita. Ini bermakna saya perlu mengeluarkan kos yang tidak dirancang bagi pembelian culvert. Dari segi keselamatan, tapak Jom paintball adalah kurang dari segi penjagaan dan keselamatan. Buat masa sekarang memang tidak mampu untuk mengupah penjaga bagi kawasan tersebut. Kalau hilang bermakna terpaksa redha aje lah. Ada kawan berpesan. Tidak mengapa kalau hilang. Jika hilang bermakna tuhan akan menambah rezeki berganda. Dari situ, saya tetap yakin dan berharap tuhan akan menggandakan rezeki di kemudian hari.

11/24/2010

BERSIH KAWASAN SEBELAH PETANG DI TAPAK JOM PAINTBALL

Pada sebelah petang, saya bersama kawan-kawan ke tapak Jom Paintball. Jika tidak melihat sehari rasa tak sedap badan. Ingin sahaja melihat keadaan sekeliling dan membersihkan apa-apa yang patut. Dapat peluhkan badan sedikit pun tidak mengapa lah. Asal badan terasa sihat dan bertenaga. Ada beberapa longgokan kayu yang perlu dibakar. Susah juga hendak menghidupkan api. Bila dah hujan susah nak kering kayu tu. Puas menunggu bila masa akan kering dan senang hendak dibakar. Ndak pulak hari semakin redup dan angin kencang. Asyik kali melihat keatas kalau-kalau terdapat kayu reput. Waspada kalau kayu terjatuh dan menimpa. Sedikit sebanyak beberapa kawasan telah dibersihkan, tapi banyak juga kerja permbersihan perlu dilakukan. Tambahan kalau kerja dari pagi sampai petang. Terpaksalah menunggu petang atau pun hari cuti. Sampai rumah pun dah dekat jam 6. Dapat lah buat kerja dalam 1 jam. Itupun kalau dah jam 7 memang tempat tu dah gelap. Paling elok jam 6.30 dah kena keluar dari kawasan tapak.

11/22/2010

CEROBOH HUTAN KAWASAN JOM PAINTBALL

Risau gak bila terjadinya pencerobohan dan penebangan balak di kawasan tapak projek Jom Paintball. Di dalam kawasan permainan Jom Paintball terdapat 2 batang balak yang sudah di tanda untuk penebangan hutan oleh pembalak haram. Jika terjadinya perkara tersebut bermakna kawasan permainan akan rosak dan konsep tempur hutan tidak menjadi kenyataan. Tali penanda yang dilakukan disekeliling kawasan Jom Paintball juga telah diputuskan. Namun begitu laporan telah dilakukan kepada Pejabat Perhutanan berdekatan. Jika berlaku pencerobohan di tanah milik persendirian, pihak jom Paintball dinasihatkan agar membuat laporan segera kepada Polis untuk tindakan selanjutnya. Setakat ini kawasan tapak Jom Paintball selamat. Yang sedihnya balak di sekeling tapak telah diambil menyebabkan menimpa pokok kecik di dalam kawasan Jom paintball. Ada la beberapa pokok yang patah.

11/16/2010

POKOK BERTAM DI TAPAK JOM PAINTBALL

Susah betul untuk men Nyah kan pokok bertam kat tapak jom paintball. Kalau pokok dah tua durinya kalau terkena tangan memang berbisa. Ada 4 pokok nak dibuang. 3 pokok bertam dah dicantas daun. Ada satu je lagi balance nak dikerjakan. 3 Pokok dah cuba dibakar tapi tak menyala pulak disebabkan hujan yang tidak berhenti beberapa hari lepas. Kalau dah kering senang ler nak menyala. Tunggu punya tunggu tak juga kering daun ni. Kalau tengok keadaan sekitar pun memang payah nak kering. Dengan pokok-pokok yang besar matahari pun tak mencecah bumi.Balance cuti hari raya boleh sambung mengerjakan pokok bertam tu. Kalau ada masa, lepas sembahyang raya pun bole kejap cantas daun bertam sikit2. Sikit-sikit taram nanti abis ler pokok tu. Kalau tak di buang nanti membahayakan keselamatan. Sesambil itu kerja menanda kawasan dengan tali telah dilakukan bagi mengelakkan kejadian kecurian kayu balak. Elok2 kita tebas semak pokok balak pulak hilang. Kalau konsep paintball jungle. Mesti ler pokok2 besar perlu dikekalkan. Kalau ler hilang pokok besar tu. Laporan polis akan dibuat dan saman keatas 1 batang balak di dalam kawasan lot persendirian boleh dilakukan. 1 batang balak bole dapat RM 100 ribu he.

11/03/2010

BARANG DAH BAYAR TAPI BELUM DIHANTAR LAGI DITAPAK JOMPAINTBALL

Semua barang ni saya dah bayar sepenuhnya. Tetapi saya minta agar sumer barang tak perlu hantar lagi. Kalau hantar karang mana nak letak.

6 ela Pasir Halus
10 Bag simen
20 Batang Tiang simen 12 kaki
1200 biji Bata Pasir
1 Frame Pintu
5 Bag Kapur Air (Putih)

Sape la kawan2 yang nak menolong mengangkat semua barang ke tapak Jom Paintball. Dari jalan masuk kedalam jauh gak tu.

PRODUSER PASANG METER BEKALAN AIR

Pagi semalam saya telah pergi ke Jabatan Bekalan Air Daerah Raub bagi mengetahui tatacara/produser bagi memasang bekalan air di tapak Jom Paintball. Maklumat yang diterima adalah seperti berikut dan perlu dipenuhi oleh Pihak JomPaintball. Disebabkan pihak Jompaintball adalah tanah hak milik maka segalanya adalah mudah dan tidak perlu mendapatkan sebarang kebenaran dari sesiapa. Namun begitu, syarat utama adalah, pemohon perlu menyediakan bangunan dahulu. Kalau tak de bangunan permohonan tersebut tidak dapat diluluskan.

1.Borang permohonan bekalan air (JBA-01a) RM 1.00
2.Fotostat salinan ic (Penama pada bil air)
3.Chop lesen tukang paip yang berdaftar dengan SPAN
4.Fotostat geran tanah (jika hak milik sendiri)
5.Fotostat surat kebenaran MDR/PTD (Jika tanah tol/Kerajaan)
6.Bayaran deposit (mengikut premis/kod bekalan jika mendapat kelulusan)
7.JBA akan memastikan paip dipasang mengikut peraturan.

CAJ BEKALAN AIR RAUB

Rumah kampung/Rumah kos rendah Deposit RM60/Kos pemasangan RM30.00
Rumah Kos sederhana Deposit RM80/Kos pemasangan RM30.00
Banglo (single storey / rumah kedai Deposit RM100 / Kos pemasangan RM30.00
Banglo (Double storey) Deposit RM150 / Kos pemasangan RM30.00
Kedai /Pejabat Deposit RM200 / Kos pemasangan RM30.00
Restoran Deposit RM300 / Kos pemasangan RM30.00
Pembinaan mengikut projek Deposit RM500 / Kos pemasangan RM30.00

11/02/2010

PROGRESS JOMPAINTBALL SEHINGGA 1.10.2010

Buat masa sekarang progress di tapak agak perlahan disebabkan beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan. Sehingga kini tapak parking telah dibuat namun begitu jalan tersebut belum lagi sempurna pada fasa pertama. Fasa kedua nanti apabila jalan dan timbunan tanah sudah mulai padat maka kerja pemadatan menggunakan jentera berat akan dilakukan. Tempahan culvert 4 biji telah dihantar ditapak dan perlu di tutup dengan tanah. Ditapak pula. Kerja-kerja bagi membuang pokok berduri telah dilakukan. Kesemua pokok berduri ada 4 pokok. 2 Pokok dan dicantas. Tunggu masa nak bakar. Petrol saya dah belii haa. Siap le pokok-pokok tu. Hangus karang kena bakar. Barang lain dah order dan dah dibayar pun. Tapi saya holdkan dulu penghantaran barang setelah kerja jalan disiapkan.

10/22/2010

UKURAN KE2 TAPAK JOM PAINTBALL

Saya menerima sms dari perunding-juruukur bahawa ukuran tapak kali kedua telah dilakukan bagi memastikan tapak yang sebetulnya. Susah juga bila batu pancang yang berada di jalan utama telah hilang disebabkan kerja-kerja pemasangan paip air. Panduan adalah berdasarkan batu pancang yang agak jauh. Petang lepas kerja boleh mula merintis jalan. Bayaran telah pun dibuat RM900 sebagai bayaran mencari sempadan tanah. Nasib baik tak mahal. Bimbang juga kalau duit yang ada sedikit sahaja. Tapi nak kena simpan duit untuk sewa Back Hoe pulak. Agak-agak dalam 2 hari kena sewa. Kalau RM 400 sehari bermakna saya kena spend sebanyak RM800 untuk sewa Back Hoe. Yang penting aspek penyediaan tapak adalah teratur. Petang ini janji dengan Abg Faiz untuk tengok kawasan. Kena bawak parang untuk kerja-kerja merintis. Cuti sabtu,ahad dan isnin (keputeraan Sultan Pahang) bole mulakan kerja-kerja menebas.

Sahli + lias ...jangan luper hayun tangan ye..banyak semak tu de.

10/21/2010

DOC DAH SERAH PADA LHDN

Tandatangan pemilik terdahulu telah didapati,serahan dokumen kepada LHDN pun sudah. So, sekarang kena tunggu surat penilaian dari LHDN. Agaknya bila la dapat surat penilaian tersebut. Kalau cepat lagi bagus. Surat penilaian tersebut perlu diserahkan kepada Pejabat Tanah. Bila hal tanah tersebut selesai maka masalah telah semakin berkurang. Sikit demi sedikit makin lama nampak jalan dihadapan. Peluang sudah semakin berada dekat. Yang terdekat adalah memastikan lokasi sebenar tapak dan batu pancang bagi memastikan ianya sebenar-benar tepat. Dan tiada masalah lain yang akan timbul nanti. Bila batu pancang dah dapat boleh lah kita jalankan kerja-kerja pembersihan. Malam tadi sampai jam 1 pagi berborak dengan Pengurus Operasi. Berbincang dari segi matlamat jangka pendek/ jangka panjang, kerja pembersihan, sempadan tanah, kedudukan komponen bangunan bilik kebal, dan perancangan masa hadapan berkaitan tempat penginapan dan juga gerai makan. Timbul juga cerita dulu kala, hehe. Kisah sedih pun ada. Begitu la hidup. Kalau takder semua pengalaman tu tidak lah seronok.


10/19/2010

PENGESAHAN TANAH JOM PAINTBALL DI PEJ. TANAH

Jam 1.30 tengahari saya bertolak ke Dong untuk membawa Pemilik asal tanah Jom Paintball ke Pejabat Tanah bagi proses pengesahan pemberian pemilikan kepada pemilik baru. Proses ini perlu dilakukan bagi mendapat pengesahan adakah pemberian ini betul atau pun palsu. Setelah sesi tandatangan dihadapan saksi di Pejabat Tanah selesai. Saya perlu membawa dokumen tersebut ke Pejabat Hasil Dalam Negeri bagi proses selanjutnya. Banyak juga proses yang terpaksa dilalui rupanya. Ingatkan senang tapi getir juga disebabkan masa yang suntuk. Walaubagaimanapun ada satu masalah, pemilik asal terlupa tandatangan di satu borang. Adusss. Camana nak buat sedangkan pemilik asal tadi telah turun semasa saya menghala dari Pejabat Tanah menuju ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. Saya cuba telefon tapi pemilik asal tidak membawa handset rupanya. Namun begitu, pegawai LHDN telah mendaftarkan dahulu dokumen yang dibawa, dan dokumen yang belum ditandatangani hendaklah diserahkan pada keesokan hari.

psstt..Kepada Pegawai/kakitangan LHDN Jom Kita Main Paintball

LUPA SALINAN TAPAK JOM PAINTBALL

Terlupa betul untuk membuat salinan geran tapak untuk Jom Paintball untuk diberikan kepada Abg Faiz (konsultan ukur). Dalam minggu ini kerja-kerja penandaan kawasan akan dilakukan. Tak sempat nak berborak panjang dengan Abg Faiz pada malam tadi, gara-gara anak kedua telah disengat tebuan. 3 das juga kena. Dah bawak ke Hospital dan telah diberi ubat demam dan alahan. Alhamdulillah semuanya selamat. Kesian juga, tapi nak buat camane.Buat apa sahaja yang terdaya. Bila kerja penandaan telah dilakukan nanti. Kena bersedia untuk kerja-kerja pembersihan. Sapa-sapa nak tolong dipersilakan la. Kalau nak buat seorang tak terdaya juga. Takut pun ada gak kalau sorang-sorang kat situ he. Kalau bab masuk hutan ni dari dulu lagi penakut ya amat. Sib baik la pengurus operasi dah biasa dengan keadaan hutan. Harapkan dia je la.

10/18/2010

KATA-KATA SEMANGAT UNTUK PEMILIK JOM PAINTBALL

Goh Tong dedah 15 ramuan jadi hartawan (PANDUAN PEMILIK JOM PAINTBALL )

Pengasas Kumpulan Genting yang juga hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong mendedahkan 15 resipi yang diamalkannya sehingga berjaya menjadikan Genting Highlands Resorts sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia.
Resipi kejayaan itu didedahkan menerusi kertas kerja bertajuk ‘Bagaimana Usahawan Pelancongan Dari Negara Membangun Berjaya ke Peringkat Global’ pada Persidangan Pelancongan Dunia di sini hari ini.

Ia disampaikan oleh Pengerusi Resort World Berhad, Kumpulan Genting Berhad, Lee Choong Yan.

Menurut Choong Yan, meskipun Goh Tong sudah berjaya mencapai visinya, beliau masih menjadikan 15 prinsip tersebut sebagai amalan, malah menjadikannya sebagai misi korporat dan budaya kerja dalam Kumpulan Genting.

‘‘Tan Sri berpesan, untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan, kita mesti merendah diri, bersopan santun dan menghormati orang lain, menepati masa atau tiba 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, jangan sesekali membatalkan temu janji, berdisiplin, bangun awal dan tidur lambat.

‘‘Sentiasa bawa kertas untuk merekod sebarang perkara yang datang dalam fikiran, mencatat segera sebarang idea yang datang, bertindak segera dan memberi reaksi tepat pada waktunya.

‘‘Selain itu, kita mesti percaya dan yakin pada diri, jika anda percayakan sesuatu, teruskan, jangan fikir negatif, dalam perniagaan - lakukan secara berperingkat walaupun perlahan - asalkan ia tindakan tepat, elakkan diri daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh.

‘‘Jangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya, kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang dikerjakan, perlu tahu apa yang dilakukan dan sentiasa sedar diri, selalu ada kepercayaan kepada mereka yang berada di sekeliling dan yang terakhir, percaya kepada tuhan dan selalu minta keberkatan daripadanya,” kata beliau.

Kata Choong Yan, beliau turut berusaha mengamalkan resipi itu dan sentiasa berpegang kata pepatah yang sering dikatakan Goh Tong iaitu “untuk berjaya, kita harus menggunakan sepenuhnya keupayaan diri dan melakukan kerja dengan sebaik mungkin”.

Katanya, kejayaan Kumpulan Genting hari ini dicapai menerusi impian dan visi seorang lelaki yang satu ketika dahulu dianggap orang tua gila di kalangan rakan-rakannya kerana berhasrat membina pusat peranginan Genting.

Beliau berkata, Goh Tong pernah bercerita kepadanya mengenai ejekan yang diterimanya itu dan memberitahu, perniagaan tersebut tidak akan memberi pulangan kerana tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu.

‘‘Tetapi beliau (Goh Tong) membuktikan kata-kata itu dengan bekerja dua syif selama seminggu dan bagi menjimatkan kos, mereka tinggal dalam hutan malah ada yang tinggal dalam gua berdekatan,” katanya.

Choong Yan berkata, hasilnya, pusat peranginan Genting Highlands yang pada satu ketika dahulu hanya menyediakan 200 bilik kini mempunyai lebih 10,000 bilik dan dilawati lebih 18 juta pelancong sepanjang tahun.

‘‘Kejayaan Kumpulan Genting hari ini bukan mudah dicapai, ia sebenarnya terkandung rahsia tersembunyi,’’ jelasnya.

Selain itu, ujarnya, Goh Tong sentiasa menganggap kakitangan sebagai aset paling berharga dan disebabkan itu, sebahagian besar kakitangan syarikat itu hari ini adalah mereka yang bekerja sewaktu Genting mula-mula dibuka.

Mac lalu, Goh Tong tersenarai antara sembilan rakyat negara ini sebagai The World’s Billionaires oleh majalah Forbes bagi 2007.

Beliau berada di tangga 204 dalam senarai dunia dengan nilai harta sebanyak RM14.28 bilion (AS$4.2 bilion), di belakang Tan Sri Robert Kuok (ke-104) dan Tan Sri Ananda Krishnan (ke-119).

Goh Tong yang berasal dari Anxi, Wilayah Fujian, China datang ke Malaya ketika berusia 20 tahun.

Beliau menjadi orang pertama bekerja mengikut giliran 24 jam sehari tujuh hari seminggu untuk membina pusat peranginan Genting Highlands pada 8 Ogos 1965.

psstt : Pemilik Jom Paintball akan cuba dan sedang berusaha mendapatkan tanah seluas 600 ekar bagi menjadikan pusat pelancongan khazanah negara bernilai tinggi di masa akan datang.

CARI BATU PANCANG TAPAK JOM PAINTBALL

Dah banyak kali saya cuba dan menyatakan hasrat kepada pemilik terdahulu untuk mengenal pasti tapak tanah Jom Paintball yang sudah dibeli. Bahkan saya sendiri cuba mencari batu pancang yang dikehendaki dan sudahnya batu penanda tidak juga saya temui. Kecewa dengan pelbagai alasan, saya berbincang dengan En Sahli (Pengurus Operasi) untuk mendapatkan khidmat nasihat serta khidmat dari Konsultan Ukur Tanah (En Faiz) yang kebetulan berada dekat kawasan kejiranan. Bila mendapatkan khidmat beliau, saya kena la keluarkan bayaran. Nasib baiklah bayaran yang dipersetujui adalah RM150 untuk satu batu pancang. Minimum pun mesti ada 4 batu pancang bersamaan RM600. Pejam sebelah mata la kali ini. Harap2 tak banyak duit yang saya perlu keluarkan kali ini. Tambahan pula tapak tersebut bukanlah ditepi jalan besar. Tetapi adalah lot kedalam. Dan terpaksalah saya keluarkan duit tambahan bagi membuat laluan yang baru. Saya anggarkan RM1000 mesti melayang kali ini atas sebab-sebab salah anggapan kedudukan tanah tersebut. Minggu ini, kerja ukur tersebut akan dimulakan. Lagi cepat ukuran dibuat, lagi cepat proses penyediaan tapak dilakukan bagi merealisasikan hasrat Jom Paintball.

10/07/2010

AMBIL BUKU CEK JOM PAINTBALL

Tengahari tadi saya mengajak Pengurus Pemasaran En. Ilyas dan juga En. Chow ke Bank bagi mendapatkan buku cek Jom Paintball. Dah seminggu lebih dah siap tetapi hari ini baru ada kesempatan. Kalau tak ambil buku cek camane nak keluarkan duit kan?. Banyak perkara nak dibeli. Maybank tidak menyediakan kad ATM seperti yang dilakukan oleh CIMB Bank. Jadi amat penting saya mendapatkan Cek Bank. Walaupun duit sikit jer dalam tu, tapi susah gak mengumpul sebanyak tu. Setelah saya menerima buku cek tersebut. Itupun RM15 telah ditolak dari akaun. Tidak mengapalah, tolak pun tolak lah. Yang penting saya dapat menjalankan perniagaan dengan mengikut prosedur yang betul. Selepas mengambil buku cek, saya mengajak En Chow dan En Ilyas ke kedai mamak. Perbincangan lebih menjurus kepada tiang yang akan dibina di tapak. Pada asalnya saya mencadangkan tiang yang akan dipasang terus dibeli dikedai. Mungkin dalam 30 batang berharga RM25 setiap satu. Namun begitu, En. Chow mencadangkan agar ianya dibina sendiri menggunakan kepingan papan, lebih untung dan menjimatkan.

10/06/2010

PERKEMBANGAN TANAH JOM PAINTBALL

Saya sentiasa berbincang akan kebaikan dan mendapatkan perkembangan terkini dalam menjayakan dan mempersiapkan tapak paintball. Kajian demi kajian harus sentiasa dititik beratkan untuk mendapatkan gambaran agar tapak Jom Paintball adalah terbaik dan mendapat tempat di hati peminat. Walaupun begitu tapak yang dibeli masih belum diselesaikan. Walaupun kelulusan dari JKPTG telah didapati namun proses seterusnya untuk menukar geran asal masih belum diselesaikan. Semasa saya dan pemilik asal mengunjungi Pejabat Tanah Raub, pemilik asal terlupa membawa kelulusan asal dari JKPTG. Yang paling penting adalah no rujukan yang tertera pada yang original. Salinan pula tidak diterima ketika itu. Rumit juga ketika itu. Saya ingatkan surat yang dihantar oleh JKPTG tidak memerlukan tindakan apa-apa dari pemilik asal ataupun pembeli. Didalam surat juga tidak dinyatakan pembeli dan penjual perlu bersama-sama hadir ke Pejabat Tanah untuk tindakan yang seterusnya. Isi kandungan surat pun saya tidak faham. Cuma kenyataan ianya telah diluluskan. itupun nasib baik ada jiran yang bagitau yang telah membeli tanah berdekatan. Walaubagaimanapun saya perlu menyelesaikan perkara tersebut dengan segera.

10/04/2010

JUMPA POLIS UNTUK PERMOHONAN JOMPAINTBALL

minggu lepas saya berjumpa dengan seorang anggota polis membincangkan beberapa perkara dan terutamanya berkaitan permohonan kelulusan bagi menjalankan pusat sukan paintball. Dalam perbincangan tersebut anggota polis terbabit tiada halangan. Namun begitu beliau mencadangkan agar saya membuat temujanji dengan pegawai yang berpangkat di Balai Polis Cheroh. Segala dokumen telah saya sediakan, namun begitu tapak yang dicadangkan belum lagi saya persiapkan. Ini yang membimbangkan. Jika boleh saya perlu menyiapkan tapak dengan segera. Tapak tersebut perlu disiapkan dengan :

1. Lapangan tempat permainan beserta jaring/guni berisi pasir sebagai tempat persembunyian.
2. Bangunan
a.Stor penyimpanan senjata (bilik kebal)
b. Bilik Pejabat
c. Ruangan pendaftaran
d. Tandas /Bilik Air
e.Kelengkapan Pejabat (telefon/mesin fax)
f. Utiliti (Air / Elektrik)
g.Parking Lot
h. Lain-lain

9/24/2010

DAPAT BUKA ACC SEMASA SYARIKAT JOM PAINTBALL

Akaun Syarikat Jom Paintball

Selepas saya balik dari bank dengan kekecewaan, saya menerima panggilan dari bank sebanyak (22 miss call). Lupa nak off silent. Saya menelefon kembali dan bercakap dengan pegawai berkenaan. Alhamdulillah akaun semasa syarikat dapat dibuka dan saya perlu menyerahkan dokumen syarikat untuk diproses. Saya bergegas ke Maybank, namun begitu pintu utama maybank telah ditutup. Saya cuba mengetuk pintu dan dapatlah saya berjumpa pegawai berkenaan dan menyerahkan dokumen yang dikehendaki. Proses seterusnya tidak sempat dilaksanakan, jadi pegawai bank menyarankan saya mendepositkan wang keesokan hari.

Lepas jumaat tadi (esoknya) saya pergi ke Maybank tetapi pegawai bank terbabit takde pulak..Pikir-pikir baik saya balik dulu. Masih ada masa, jam 3.30 terpaksa saya pergi balik bagi menyelesaikan sesi pembukaan akaun. Segalanya telah selesai.

Ikan Puyu Empat Samah, Thank You Very Much MAYBANK.

9/23/2010

AKAUN BLACK LIST - JOM PAINTBALL

Mencabar betul hari ni. 3 jam menunggu bagi memproses akaun bank syarikat sungguh menyiksakan.

1. Pegawai bank mempertikaikan salinan syarikat yang disertakan tidak mengikut kehendak bank. Mereka hendakkan salinan asal pendaftaran syarikat (kulit keras) sedangkan saya memperolehi salinan tersebut terus dari e-info SSM. Register syarikat secara online jadi pihak SSM memberikan salinan pendaftaran syarikat dalam bentuk PDF. Apakah saya salah atau pihak SSM yang salah ataupun pihak Bank tidak mengetahui berkaitan perubahan yang dilakukan oleh pihak SSM. Saya menerangkan secara jelas kepada pihak bank. Atas desakan maka pihak bank menerima salinan SSM tersebut. Tapi saya tidak menyalahkan sesiapa. Secara jelasnya kecanggihan maklumat terlalu laju sehingga sesetengah pihak terlepas pandang.

2. Bagi memproses akaun bank, pihak bank telah meminta kad pengenalan bagi menyemak status secara digital. Setelah semakan dibuat maka alat yang digunakan tidak dapat membaca kad pengenalan. Namun begitu nasib baik ada alat digital kedua yang dapat membaca kad pengenalan.

3. Proses akhir, pihak bank mengisi data yang diperlukan ..tetapi malangnya nama saya telah diblacklist , maka proses akhir tidak dapat disiapkan. Sia-sia harapan hari ini.

Namun saya tidak akan putus semangat. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya fikir, jika tiada akaun syarikat sekali pun saya tetap juga dapat meneruskan Paintball menggunakan akaun persendirian. Adakah salah?.

itu adalah matlamat jangka pendek, Matlamat jangka panjang adalah membersihkan nama saya dan terkeluar dari senarai hitam dan memohon kembali akaun semasa syarikat. mungkin ada yang bertanya. Kesalahan apa yang menyebabkan saya disenaraikan hitam. Secara jujur saya bukan melakukan sebarang jenayah tetapi saya telah membuat pinjaman dengan bank islam sebanyak RM15 ribu untuk menubuhkan sebuah perniagaan. Perniagaan tersebut tidak bertahan lama, jadi saya tidak dapat melunaskan pinjaman terbabit.

9/21/2010

LOAN-JOM PAINTBALL

Dokumen untuk loan bagi menyediakan peralatan sukan paintball dan juga penyediaan tapak sudah dihantar. Tetapi belum dapat diproses, seksa benar rasanya bila dokumen yang dikehendaki masih belum diselesaikan. Nak keluarkan modal dalam poket sendiri memang takder aaa. Poket kosong. Kalau setakat nak beli senjata satu unit tu bole lepas lah. Tapi untuk penyediaan Complete kena sediakan sekurang-kurangnya 10 unit peralatan. Kalau tak lepas loan memang menyeksakan diri lah. Walau apapun, projek Paintball kena teruskan juga. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kalau ada duit sikit kita buat sikit. Kalau dapat banyak duit, kita buat besar punya. Harap-harap loan lulus. Bukan banyak pun permohonan loan tu, RM 90K kira bolelah menampung sedikit sebanyak perkara-perkara asas yang perlu disediakan. Setiap hari memikirkan perkara sama, harap-harap loan lulus. Semangat memang besar ditambah pula sokongan padu dari rakan-rakan.

9/20/2010

PERALATAN JOM PAINTBALL

Jika ditengokkan harga barangan sukan Paintball memang mahal. Saya cuba juga mencari barangan yang telah digunakan dan mencari dari sumber-sumber yang boleh mengurangkan kos. Segala alternatif perlu dicari, jika ada individu yang ingin menjual barangan second hand boleh juga dibeli. Yang penting barangan tersebut masih elok dan tidak rosak. Low cost high kualiti kiranya.

X7 Phenom™
TPX™
X-7™
A-5™
98 Custom™ Platinum
Custom Pro Platinum
98 Custom™ A.C.T.
SL-68II
U.S. Army Paintball
A.C.T. Technology
Barrels
Paint Grenades
Marker Accessories

A-5 Installation Videos

98 Custom PS Installation- JOM PAINTBALL

X7 INSTALLATION-JOM PAINTBALL

9/10/2010

LIST YANG DIFIKIRKAN TERMASUK PAINTBALL

Susah atau senang nak buat Paintball ni. Dari dulu sampai sekarang saya berfikir dan sentiasa mengkaji bidang perniagaan yang senang tetapi menguntungkan. Dalam senaraian perniagaan dibawah boleh lah saya fikirkan apakah yang terbaik bagi saya. Yang paling penting adakah saya mampu membawa bidang yang saya ceburi ke tahap yang lebih tinggi. Kesesuaian serta kelebihan yang ada pada saya bagi membawa sesuatu cabaran. Ataupun saya gabungkan senarai dibawah sebagai sebuah cabang perniagaan. contohnya :

Paintball + Pelancongan + Makanan + Minuman + Sewa Chalet + + +

Sebagai permulaan saya akan mengembangkan sukan paintball, seterusnya apabila sukan paintball sudah semakin stabil saya akan selitkan dengan menjual makanan dan minuman. Apabila sudah ramai peserta, ada eloknya saya sediakan tempat menginap.

Agensi Pelancongan
Aksesori Kereta
Aksesori Wanita
Barang Elektrik Dan Elektronik
Bas Teksi Kereta Sewa
Bengkel Kereta
Bengkel Motosikal
Bisnes Air Mineral
Bisnes Ais Krim
Bisnes Broadband
Bisnes Cuci Kereta
Bisnes Cyber Cafe
Bisnes Dobi
Bisnes Ebook
Bisnes Handphone
Bisnes Ice Blended
Bisnes Jam Tangan
Bisnes Jeruk
Bisnes Katalog Dan Dropship
Bisnes Kayu
Bisnes Kurier
Bisnes Minuman
Bisnes Minyak Wangi
Bisnes Pasar Malam
Bisnes Prepaid Dan Reload
Bisnes Restoran
Bisnes Roti Dan Bakeri
Bisnes Sarang Burung
Bisnes Sms
Bisnes Spa
Bisnes Steamboat
Bisnes Tadika Dan Taska
Bisnes Tradisional
Bisnes Tshirt Dan Uniform
Bisnes Tuisyen Dan Latihan
Bisnes Waffle Dan Kaya Ball
Butik Ibu Dan Bayi
Butik Kanak Kanak
Butik Lelaki
Butik Wanita
Dapur Dan Bilik Tidur
Dewasa 18sx ETC ubatan / peralatan
Forex Malaysia
Gelanggang Futsal
Hiasan Dalaman Dan Taman
Hotel & Resort
Import Dan Eksport
Ingin Berniaga
Insurans & Takaful
Jawatan Kosong
Jual Beli Emas
Kad Kredit
Katering Makanan
Kedai Buku Dan Majalah
Kedai Bundle
Kedai Bunga
Kedai Cenderahati Dan Kraf
Kedai Cermin Mata
Kedai Fotostat & Cetakan
Kedai Gambar
Kedai Hardware Dan Plastik
Kedai Jahit
Kedai Kasut Dan Sandal
Kedai Komputer
Kedai Papan Tanda Iklan
Kedai Runcit Dan Serbaneka
Kedai Sewa
Kedai Sukan
Kedai Tayar
Kereta Baru
Kereta Terpakai
Khemah Dan Kanopi
Kiosk, Expo, Tapak Berniaga
Kolam Pancing
Konsultan Kewangan
Konsultan Perniagaan
Kontrak Swasta
Kontraktor Pembinaan
Kursus Dan Resepi Makanan
Kursus Dan Seminar
Kursus Kecantikan
Ladang Getah Kelapa Sawit
Lampin Pakai Buang
Lori Sewa
Mencari Pelabur
Mesin Proses Makanan
Model, Penyanyi, Pelakon
Motivasi & Kejayaan
Pasar Basah
Pekerja Asing
Pembantu Rumah Asing
Pembekal Alat Tulis
Pembekal Barang Runcit
Pembekal Buah-buahan
Pembekal Kerepek
Pembekal Keropok
Pembekal Kurma
Pembekal Nasi Lemak
Pembekal Pakaian
Pembekal Pakaian Bayi
Pembekal Pakaian Kanak Kanak
Pembekal Serunding
Pembekal Telur
Pemborong Batik Dan Sutera
Pemborong Telekung
Pemborong Tudung
Pendaftaran Syarikat
Pendaftaran Trademark
Pendidikan Tinggi
Pengurus Majlis
Peralatan Makmal
Peralatan Pejabat
Perisian Komputer
Permainan Kanak-kanak
Pertanyaan Bisnes
Pinjaman Wang
Produk Kecantikan
Produk Kesihatan
Produk Sejuk Beku
Rancangan Perniagaan
Rumah Sewa
Rumah Untuk Dijual
Sabun Dan Bahan Pencuci
Salun Rambut
Sekolah Memandu
Servis Freelance
Servis Keselamatan
Servis Pembersihan
Servis Perkahwinan
Setiausaha Syarikat
Skim Cepat Kaya
Stesen Minyak
Studio Muzik
Sukan Paintball (saya punya keutamaan)
Tanah Untuk Dijual
Tawaran Consignment
Tempahan Hamper
Tempahan Kad Kahwin
Tempahan Kuih Dan Kek
Tender Kerajaan
Terminal Bayaran Bil
Terminal Kad Kredit
Ternakan Ayam
Ternakan Cacing
Ternakan Ikan
Ternakan Kambing
Ternakan Lembu
Ternakan Udang
Ubahsuai Pejabat
Ubahsuai Rumah
Usahawan Tani
Vending Machine
Web Design Malaysia
Web Hosting Malaysia
Wiring Aircond Plumbing

9/09/2010

PANDANGAN DARI SKIRMISH SDN.BHD BERKAITAN

Semalam saya telah menelefon pihak syarikat Skirmish yang bertapak di Petaling Jaya bagi mengetahui dan meminta pandangan bagi permohonan membuka sesebuah tempat Paintball. Pada pandangan mereka, bagi permohonan membuka padang Paintball hendaklah diajukan permohonan dan kebenaran pihak polis yang terdekat. Tiada undang-undang dan peraturan yang khusus bagi membuka tapak paintball. Walaubagaimanapun sebagai persediaan awal dari segi aspek keselamatan, adalah tidak salah bagi kami memohon kebenaran dan sokongan dari pihak polis. Sekiranya tiada sokongan dan kebenaran pihak polis, kemungkinan akan terjadi kejadian luar jangka yang boleh menyulitkan keadaan pihak Jom Paintball. Bagi saya, sebelum kita memulakan sesuatu kerja seeloknya kita bermula dengan baik, mengikut peraturan, mementingkan aspek keselamatan dan mematuhi undang-undang.

Sebelum pihak Jom Paintball menemui dan memohon kebenaran, beberapa keperluan perlu disediakan.

1. Syarikat (dah Ok)
2.Proposal cadangan pembukaan
a) Sebab musabab pembukaan /misi / visi / related story
b) Maklumat syarikat
c) Maklumat tempat
d) Sokongan dari pihak-pihak tertentu etc Penghulu, YB, DLL
3.Surat Permohonan


9/08/2010

LATIHAN SIGNATURE JOM PAINTBALL

Tn. Khairul Ilyas sibuk juga dalam latihan tandatangan (Biarkan je)

Pada perenggan ke 5 untuk form akaun syarikat perlulah ditandatangan. Rasanya untuk tandatangan khas untuk syarikat Jom Paintball saya memerlukan tandatangan yang lain. Special punya. Sejak sekolah sampai sekarang my signature tu teruk sangat. Tidak menggambarkan macam profesional. Tapi terpaksa juga guna. Lain buku bank lain pulak tandatangan. Macam2 tandatangan yang saya buat, lain macam je lengkoknya. How to be profesional with my signature. Puas fikir kadar kecantikan singnature ni. Jari jemari memang tak berbakat dalam seni. Keras je tangan ni. Main bantai je karang cantik jadinya..tapi kalau nak ulang balik dah tak jadi. Tapi mesti ada yang jadi. Ni pun tengah berulang-ulang sainnya. Kat blog ni tak boleh le saya upload my signature tu.Karang ada pulak yang tiru, tengok macam lias tu..tengah meniru my signature la tu de.

9/07/2010

BUAT COP JOM PAINTBALL



Pagi tadi saya mengambil sedikit masa menempah cop JOM Paintball. Tokey tu cakap boleh siap dalam masa 3 hari. Bagi saya, 3 hari tu lama sangat tu. Kalau SEGERA RM35. Susah juga, ingatkan Murah rupanya mahal gak ye. Rasanya tempat lain murah jer. Disebabkan tiada pilihan, mahal pun tak mengapalah asalkan dapat cepat. Namun begitu saya terpandang cop dalam kotak. Cun gak kalau buat begitu. Tak perlu cari artline stampad. sumer dah complete dengan ink. Lagi senangkan. Tapi harganya ada up sikit. RM55 dengan kadar segera. Kira bolehlah, asalkan siap. Kalau tak siap macamana nak buka acc syarikat. Syarat utama tu. kalau tak de tak boleh buka acc syarikat. Walaumacam manapun kena buat dengan segera. Tak boleh fikir lain dah. Lagipun ini lah kedai yang paling dekat dengan Maybank. Nak cari kedai lain rasa penat dah.

9/06/2010

ACC SEMASA SYARIKAT JOM PAINTBALL


Tengahari tadi saya mengajak rakan ke Bank Maybank bagi mendapat info serta borang pembukaan acc semasa syarikat. Cadangnya pagi-pagi nak pegi tetapi ada temu janji pulak dengan kontraktor pemasangan talian internet di Klinik Kesihatan. Dari info yang saya dapat dari pegawai bank yang bertugas. Syarikat yang hendak didaftarkan perlulah sama kawasan dengan bank. Kalau syarikat Raub kena daftar dengan Bank Raub. Kalau syarikat didaftarkan dan beralamat di Kuala Lumpur makanya tak bolehlah membuka acc semasa syarikat di Raub. Pegawai bank juga berpesan agar menyediakan cop syarikat dan juga salinan asal sijil pendaftaran syarikat SSM. Bagi saya, semua yang disyaratkan adalah mudah dilaksanakan. Sijil syarikat saya dah ada, cuma cop sahaja yang belum buat. Esok lah kut pi buat kejap.

Bagi membuka acc syarikat perlu bawak RM 2000 minimun sebagai syarat. Alhamdulillah duit sebanyak itu sudah saya sediakan.Cuma belum dikeluarkan lagi dalam bank.

Di dalam borang tersebut terdapat 6 seksyen yang perlu di isi.
1. Jenis perniagaan
2.Keterangan mengenai perniagaan sendiri / perkongsian. sdn Bhd / pertubuhan DLL
3.Keterangan mengenai tuan punya perniagaan / perkongsian
4.Syarat tandatangan untuk pentadbiran akaun
5.Tandatangan dan perakuan
6Dokumen-dokumen yang diperlukan.

9/05/2010

PROFIL SYARIKAT JOM PAINTBALL

Profil Syarikat JOM PAINTBALL

Kawan saya cakap.Kalau ada syarikat mesti ada satu profil syarikat. Penting dan tersangat penting bagi memperkenalkan sesebuah syarikat kepada orang ramai. Jika kandungan dan penampilan profil syarikat tidak kemas maka anggapan orang ramai adalah negatif dan merugikan sesebuah syarikat. First impression itu penting. Kena buat kemas2, cantik dan meyakinkan. Bab pengalaman buat profil tidaklah saya tahu sangat. Sikit-sikit boleh la. Namun saya cuba mencari contoh-contoh profil syarikat kawan-kawan. Boleh tengok cara susun atur kandungan dan penggunaan warna. Kalau hitam putih je tak seronok orang nak tengok. Kalau yang fotostat lagi la tak menarik minat. Kandungan profil saya cuba update sedikit demi sedikit. Pening juga kepala mengadap laptop sampai ke tengah malam. Di sebabkan penting dan ianya adalah perniagaan sendiri maka nak tak nak kena juga buat. Biar orang suka dengan hasil kerja saya. Dan ianya tersangat penting kepada saya. Alang-alang buat biarlah puas hati. Kalau cincai-cincai baik tak payah buat. Merugikan masa je. Kalau orang komen dan tidak suka dengan profil saya bermaksud profil yang saya sediakan tidak menarik dan perlu diolah semula. Kalau anda suka, tima kasih banyak-banyak. Sekali anda suka, lebih dari itu saya suka.

Kalau suka JOM MAIN PAINTBALL !!

LOGO JOM PAINTBALL



Pertama sekali ribuan terima kasih kepada member (alim) yang sudi menyiapkan logo Jom Paintball. Inspirasi dan sokongan hanya dapat dibalas dengan kata-kata. Sampai masa saya belanja k. Pilih tempat, semua perbelanjaan ditanggung beres. Memang tak dinafikan idea alim ni memang menarik pada pandangan mata kasar saya. Orang lain tak tahu la. Yang penting konsep adalah simple dan senang digunakan untuk rancangan-rancangan masa hadapan. Nak cetak pada letter head, design baju, bisness kad, resit, dan macam2 lah.


SURVEY JARING PAINTBALL

Bersama Pemilik Kedai (Man)

Mengikutkan senarai harga pembekal yang saya perolehi dari Kuala Lumpur. Harga bagi pemasangan jaring berharga RM4K + +. Sebanyak tu rasanya tak mampu la. Duit ciput dan bajet yang tak seberapa terpaksa mencari alternatif lain. Jadi saya mengambil keputusan mencari harga jaring di kedai-kedai terdekat. Di Raub, harga bagi jaring adalah RM 28 sekilogram..Susah juga nak agak berapa kilo nak pakai. bermakna saya kena beli satu bundle (55 kg x RM28) Kalau kira panjang senang la nak kira. Itu baru harga jaring, tambahan pula untuk pemasangan mesti ada tiang. Paling mudah cari pokok-pokok hutan atau paku aje antara pokok ataupun cari kayu lebihan yang orang tak nak pakai. Walaupun begitu, semalam saya telah pergi ke Jerantut. Kat sana kawan saya ada menjual jaring yang saya perlukan. Katakan lebih kurang Belasan ringgit je. Kalau betul belasan ringgit bermakna saya telah mendapat harga yang menguntungkan. Itupun dia kurang pasti disebabkan jaring tersebut terletak di cawangan kedai di Jengka (cawangan baru yang dijaga oleh ayahnya. Jika begitu kiranya saya bersetuju mendapatkan jaring tersebut. Kalau dikira tak sampai pun seribu ringgit. Kira ok la tu.

9/03/2010

SEAWAL SUKAN PAINTBALL - RESEARCH


Hari-hari saya mencari sumber dan belajar permainan sukan Paintball melalui pengalaman dan juga carian internet. Tempat paling mudah belajar adalah melalui youtube dan website sediada. Nak tanya kawan-kawan sekeliling pun belum ada yang tahu cara sebenar permainan Paintball. Nak tak nak kena buat research sendiri la. Dari segi sokongan memangla kuat, terutama sokongan dari Isteri. Tank Q 2x. Namun begitu hanya kawan2 terdekat sahaja yang mengetahui akan proses dan cadangan membuka sukan Paintball. Bukan apa..takut tak jadi..Malu weh. Satu demi satu saya membuat kajian. Kalau tengok dari segi harga barangan dan kelengkapan sukan Paintball ni agak mahal dan tak termampu gak nak mengeluarkan modal yang banyak. Tapi atas dasar tanah dah ada dan tak perlu menyewa. Maka modal yang saya kena keluarkan adalah dari segi penyediaan kawasan dan juga alatan. Yang menjadi tanda tanya adalah, berapa modal yang sepatutnya saya keluarkan. Sedangkan duit ada sedikit je. Mengharapkan gaji dengan Sektor Gov ni sekadar cukup untuk kegunaan sebulan, kekadang tu awal-awal pun dah habis. Takkan lah nak patah semangat. Duit kan boleh dicari, yang penting adalah semangat dan sokongan.

Hari2 berfikir bagaimana hendak membuka sukan Paintball kat Raub. Naik Fening. Dengan ilmu yang tak berapa cukup ni adalah agak sukar. Langkah pertama adalah membuka dan mendaftar sebuah syarikat Paintball. Carian nama dan register boleh dilakukan melalui talian. Agak mudah dan menjimatkan masa. Itu pun hasil idea dari Isteri sewaktu berbuka puasa. Baik dan simple.. "JOM PAINTBALL" .Jadi saya terus daftarkan nama tersebut.

TERIMA KASIH-SEAWAL SUKAN PAINTBALL




Dulu pernah juga mendengar namun tidak peka terhadap sukan Paintball. Agaknya dah ketinggalan juga saya terhadap sukan yang semakin dimInati ramai ni. Tetapi tidak mengapa, sempat lagi di pelajari sukan Paintball ni kalau berkehendak. Mula-mula pindah di Batu 18, Batu Malim Raub. Seawal itu la saya berkenalan dengan jiran sebelah. Dari bertegur sapa sehinggakan setiap petang kami menebas semak samun belakang rumah. Dari situ lah saya tahu bahawa kawan saya ni pernah kerja sebagai Marshal Paintball. Dari penceritaan dan pengalaman itulah menarik minat untuk saya mengetahui lebih mendalam sukan tersebut. Peluang terbuka luas apabila saya juga mempunyai tanah hutan seluas 1000 meter persegi. (secara amnya saya pun tak tahu mana terletaknya tanah tersebut. Beli tapi tak tahu tempat. Kayu pancang pun belum tengok lagi. Tapi saya nekad juga dan bercadang hendak membuka sukan Paintball di Daerah Raub. Yang terdekat pun hanya di Bentong dan Kuantan. Saya fikir, adalah bagus jika saya membuka sukan Paintball memandangkan di Daerah Raub tidak terdapat sukan sebegini. Tanah dah ada, jika dibiarkan pun tak de hasil gak. Kalau nak bercucuk tanam pun rasa tak berbaloi dengan keluasan yang ada. Banyak juga dan berhari-hari saya mencari sumber bagi menambah pengetahuan sukan Paintball. Kalau nak buka mesti ada pengetahuan, dan saya akui bahawa saya sebenarnya belum pernah bermain Paintball. Yang penting adalah keberanian. Belajar sikit demi sedikit nanti pandai lah ye.