Mencabar betul hari ni. 3 jam menunggu bagi memproses akaun bank syarikat sungguh menyiksakan.
1. Pegawai bank mempertikaikan salinan syarikat yang disertakan tidak mengikut kehendak bank. Mereka hendakkan salinan asal pendaftaran syarikat (kulit keras) sedangkan saya memperolehi salinan tersebut terus dari e-info SSM. Register syarikat secara online jadi pihak SSM memberikan salinan pendaftaran syarikat dalam bentuk PDF. Apakah saya salah atau pihak SSM yang salah ataupun pihak Bank tidak mengetahui berkaitan perubahan yang dilakukan oleh pihak SSM. Saya menerangkan secara jelas kepada pihak bank. Atas desakan maka pihak bank menerima salinan SSM tersebut. Tapi saya tidak menyalahkan sesiapa. Secara jelasnya kecanggihan maklumat terlalu laju sehingga sesetengah pihak terlepas pandang.
2. Bagi memproses akaun bank, pihak bank telah meminta kad pengenalan bagi menyemak status secara digital. Setelah semakan dibuat maka alat yang digunakan tidak dapat membaca kad pengenalan. Namun begitu nasib baik ada alat digital kedua yang dapat membaca kad pengenalan.
3. Proses akhir, pihak bank mengisi data yang diperlukan ..tetapi malangnya nama saya telah diblacklist , maka proses akhir tidak dapat disiapkan. Sia-sia harapan hari ini.
Namun saya tidak akan putus semangat. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya fikir, jika tiada akaun syarikat sekali pun saya tetap juga dapat meneruskan Paintball menggunakan akaun persendirian. Adakah salah?.
itu adalah matlamat jangka pendek, Matlamat jangka panjang adalah membersihkan nama saya dan terkeluar dari senarai hitam dan memohon kembali akaun semasa syarikat. mungkin ada yang bertanya. Kesalahan apa yang menyebabkan saya disenaraikan hitam. Secara jujur saya bukan melakukan sebarang jenayah tetapi saya telah membuat pinjaman dengan bank islam sebanyak RM15 ribu untuk menubuhkan sebuah perniagaan. Perniagaan tersebut tidak bertahan lama, jadi saya tidak dapat melunaskan pinjaman terbabit.