10/22/2010

UKURAN KE2 TAPAK JOM PAINTBALL

Saya menerima sms dari perunding-juruukur bahawa ukuran tapak kali kedua telah dilakukan bagi memastikan tapak yang sebetulnya. Susah juga bila batu pancang yang berada di jalan utama telah hilang disebabkan kerja-kerja pemasangan paip air. Panduan adalah berdasarkan batu pancang yang agak jauh. Petang lepas kerja boleh mula merintis jalan. Bayaran telah pun dibuat RM900 sebagai bayaran mencari sempadan tanah. Nasib baik tak mahal. Bimbang juga kalau duit yang ada sedikit sahaja. Tapi nak kena simpan duit untuk sewa Back Hoe pulak. Agak-agak dalam 2 hari kena sewa. Kalau RM 400 sehari bermakna saya kena spend sebanyak RM800 untuk sewa Back Hoe. Yang penting aspek penyediaan tapak adalah teratur. Petang ini janji dengan Abg Faiz untuk tengok kawasan. Kena bawak parang untuk kerja-kerja merintis. Cuti sabtu,ahad dan isnin (keputeraan Sultan Pahang) bole mulakan kerja-kerja menebas.

Sahli + lias ...jangan luper hayun tangan ye..banyak semak tu de.

10/21/2010

DOC DAH SERAH PADA LHDN

Tandatangan pemilik terdahulu telah didapati,serahan dokumen kepada LHDN pun sudah. So, sekarang kena tunggu surat penilaian dari LHDN. Agaknya bila la dapat surat penilaian tersebut. Kalau cepat lagi bagus. Surat penilaian tersebut perlu diserahkan kepada Pejabat Tanah. Bila hal tanah tersebut selesai maka masalah telah semakin berkurang. Sikit demi sedikit makin lama nampak jalan dihadapan. Peluang sudah semakin berada dekat. Yang terdekat adalah memastikan lokasi sebenar tapak dan batu pancang bagi memastikan ianya sebenar-benar tepat. Dan tiada masalah lain yang akan timbul nanti. Bila batu pancang dah dapat boleh lah kita jalankan kerja-kerja pembersihan. Malam tadi sampai jam 1 pagi berborak dengan Pengurus Operasi. Berbincang dari segi matlamat jangka pendek/ jangka panjang, kerja pembersihan, sempadan tanah, kedudukan komponen bangunan bilik kebal, dan perancangan masa hadapan berkaitan tempat penginapan dan juga gerai makan. Timbul juga cerita dulu kala, hehe. Kisah sedih pun ada. Begitu la hidup. Kalau takder semua pengalaman tu tidak lah seronok.


10/19/2010

PENGESAHAN TANAH JOM PAINTBALL DI PEJ. TANAH

Jam 1.30 tengahari saya bertolak ke Dong untuk membawa Pemilik asal tanah Jom Paintball ke Pejabat Tanah bagi proses pengesahan pemberian pemilikan kepada pemilik baru. Proses ini perlu dilakukan bagi mendapat pengesahan adakah pemberian ini betul atau pun palsu. Setelah sesi tandatangan dihadapan saksi di Pejabat Tanah selesai. Saya perlu membawa dokumen tersebut ke Pejabat Hasil Dalam Negeri bagi proses selanjutnya. Banyak juga proses yang terpaksa dilalui rupanya. Ingatkan senang tapi getir juga disebabkan masa yang suntuk. Walaubagaimanapun ada satu masalah, pemilik asal terlupa tandatangan di satu borang. Adusss. Camana nak buat sedangkan pemilik asal tadi telah turun semasa saya menghala dari Pejabat Tanah menuju ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. Saya cuba telefon tapi pemilik asal tidak membawa handset rupanya. Namun begitu, pegawai LHDN telah mendaftarkan dahulu dokumen yang dibawa, dan dokumen yang belum ditandatangani hendaklah diserahkan pada keesokan hari.

psstt..Kepada Pegawai/kakitangan LHDN Jom Kita Main Paintball

LUPA SALINAN TAPAK JOM PAINTBALL

Terlupa betul untuk membuat salinan geran tapak untuk Jom Paintball untuk diberikan kepada Abg Faiz (konsultan ukur). Dalam minggu ini kerja-kerja penandaan kawasan akan dilakukan. Tak sempat nak berborak panjang dengan Abg Faiz pada malam tadi, gara-gara anak kedua telah disengat tebuan. 3 das juga kena. Dah bawak ke Hospital dan telah diberi ubat demam dan alahan. Alhamdulillah semuanya selamat. Kesian juga, tapi nak buat camane.Buat apa sahaja yang terdaya. Bila kerja penandaan telah dilakukan nanti. Kena bersedia untuk kerja-kerja pembersihan. Sapa-sapa nak tolong dipersilakan la. Kalau nak buat seorang tak terdaya juga. Takut pun ada gak kalau sorang-sorang kat situ he. Kalau bab masuk hutan ni dari dulu lagi penakut ya amat. Sib baik la pengurus operasi dah biasa dengan keadaan hutan. Harapkan dia je la.

10/18/2010

KATA-KATA SEMANGAT UNTUK PEMILIK JOM PAINTBALL

Goh Tong dedah 15 ramuan jadi hartawan (PANDUAN PEMILIK JOM PAINTBALL )

Pengasas Kumpulan Genting yang juga hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong mendedahkan 15 resipi yang diamalkannya sehingga berjaya menjadikan Genting Highlands Resorts sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia.
Resipi kejayaan itu didedahkan menerusi kertas kerja bertajuk ‘Bagaimana Usahawan Pelancongan Dari Negara Membangun Berjaya ke Peringkat Global’ pada Persidangan Pelancongan Dunia di sini hari ini.

Ia disampaikan oleh Pengerusi Resort World Berhad, Kumpulan Genting Berhad, Lee Choong Yan.

Menurut Choong Yan, meskipun Goh Tong sudah berjaya mencapai visinya, beliau masih menjadikan 15 prinsip tersebut sebagai amalan, malah menjadikannya sebagai misi korporat dan budaya kerja dalam Kumpulan Genting.

‘‘Tan Sri berpesan, untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan, kita mesti merendah diri, bersopan santun dan menghormati orang lain, menepati masa atau tiba 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, jangan sesekali membatalkan temu janji, berdisiplin, bangun awal dan tidur lambat.

‘‘Sentiasa bawa kertas untuk merekod sebarang perkara yang datang dalam fikiran, mencatat segera sebarang idea yang datang, bertindak segera dan memberi reaksi tepat pada waktunya.

‘‘Selain itu, kita mesti percaya dan yakin pada diri, jika anda percayakan sesuatu, teruskan, jangan fikir negatif, dalam perniagaan - lakukan secara berperingkat walaupun perlahan - asalkan ia tindakan tepat, elakkan diri daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh.

‘‘Jangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya, kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang dikerjakan, perlu tahu apa yang dilakukan dan sentiasa sedar diri, selalu ada kepercayaan kepada mereka yang berada di sekeliling dan yang terakhir, percaya kepada tuhan dan selalu minta keberkatan daripadanya,” kata beliau.

Kata Choong Yan, beliau turut berusaha mengamalkan resipi itu dan sentiasa berpegang kata pepatah yang sering dikatakan Goh Tong iaitu “untuk berjaya, kita harus menggunakan sepenuhnya keupayaan diri dan melakukan kerja dengan sebaik mungkin”.

Katanya, kejayaan Kumpulan Genting hari ini dicapai menerusi impian dan visi seorang lelaki yang satu ketika dahulu dianggap orang tua gila di kalangan rakan-rakannya kerana berhasrat membina pusat peranginan Genting.

Beliau berkata, Goh Tong pernah bercerita kepadanya mengenai ejekan yang diterimanya itu dan memberitahu, perniagaan tersebut tidak akan memberi pulangan kerana tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu.

‘‘Tetapi beliau (Goh Tong) membuktikan kata-kata itu dengan bekerja dua syif selama seminggu dan bagi menjimatkan kos, mereka tinggal dalam hutan malah ada yang tinggal dalam gua berdekatan,” katanya.

Choong Yan berkata, hasilnya, pusat peranginan Genting Highlands yang pada satu ketika dahulu hanya menyediakan 200 bilik kini mempunyai lebih 10,000 bilik dan dilawati lebih 18 juta pelancong sepanjang tahun.

‘‘Kejayaan Kumpulan Genting hari ini bukan mudah dicapai, ia sebenarnya terkandung rahsia tersembunyi,’’ jelasnya.

Selain itu, ujarnya, Goh Tong sentiasa menganggap kakitangan sebagai aset paling berharga dan disebabkan itu, sebahagian besar kakitangan syarikat itu hari ini adalah mereka yang bekerja sewaktu Genting mula-mula dibuka.

Mac lalu, Goh Tong tersenarai antara sembilan rakyat negara ini sebagai The World’s Billionaires oleh majalah Forbes bagi 2007.

Beliau berada di tangga 204 dalam senarai dunia dengan nilai harta sebanyak RM14.28 bilion (AS$4.2 bilion), di belakang Tan Sri Robert Kuok (ke-104) dan Tan Sri Ananda Krishnan (ke-119).

Goh Tong yang berasal dari Anxi, Wilayah Fujian, China datang ke Malaya ketika berusia 20 tahun.

Beliau menjadi orang pertama bekerja mengikut giliran 24 jam sehari tujuh hari seminggu untuk membina pusat peranginan Genting Highlands pada 8 Ogos 1965.

psstt : Pemilik Jom Paintball akan cuba dan sedang berusaha mendapatkan tanah seluas 600 ekar bagi menjadikan pusat pelancongan khazanah negara bernilai tinggi di masa akan datang.

CARI BATU PANCANG TAPAK JOM PAINTBALL

Dah banyak kali saya cuba dan menyatakan hasrat kepada pemilik terdahulu untuk mengenal pasti tapak tanah Jom Paintball yang sudah dibeli. Bahkan saya sendiri cuba mencari batu pancang yang dikehendaki dan sudahnya batu penanda tidak juga saya temui. Kecewa dengan pelbagai alasan, saya berbincang dengan En Sahli (Pengurus Operasi) untuk mendapatkan khidmat nasihat serta khidmat dari Konsultan Ukur Tanah (En Faiz) yang kebetulan berada dekat kawasan kejiranan. Bila mendapatkan khidmat beliau, saya kena la keluarkan bayaran. Nasib baiklah bayaran yang dipersetujui adalah RM150 untuk satu batu pancang. Minimum pun mesti ada 4 batu pancang bersamaan RM600. Pejam sebelah mata la kali ini. Harap2 tak banyak duit yang saya perlu keluarkan kali ini. Tambahan pula tapak tersebut bukanlah ditepi jalan besar. Tetapi adalah lot kedalam. Dan terpaksalah saya keluarkan duit tambahan bagi membuat laluan yang baru. Saya anggarkan RM1000 mesti melayang kali ini atas sebab-sebab salah anggapan kedudukan tanah tersebut. Minggu ini, kerja ukur tersebut akan dimulakan. Lagi cepat ukuran dibuat, lagi cepat proses penyediaan tapak dilakukan bagi merealisasikan hasrat Jom Paintball.

10/07/2010

AMBIL BUKU CEK JOM PAINTBALL

Tengahari tadi saya mengajak Pengurus Pemasaran En. Ilyas dan juga En. Chow ke Bank bagi mendapatkan buku cek Jom Paintball. Dah seminggu lebih dah siap tetapi hari ini baru ada kesempatan. Kalau tak ambil buku cek camane nak keluarkan duit kan?. Banyak perkara nak dibeli. Maybank tidak menyediakan kad ATM seperti yang dilakukan oleh CIMB Bank. Jadi amat penting saya mendapatkan Cek Bank. Walaupun duit sikit jer dalam tu, tapi susah gak mengumpul sebanyak tu. Setelah saya menerima buku cek tersebut. Itupun RM15 telah ditolak dari akaun. Tidak mengapalah, tolak pun tolak lah. Yang penting saya dapat menjalankan perniagaan dengan mengikut prosedur yang betul. Selepas mengambil buku cek, saya mengajak En Chow dan En Ilyas ke kedai mamak. Perbincangan lebih menjurus kepada tiang yang akan dibina di tapak. Pada asalnya saya mencadangkan tiang yang akan dipasang terus dibeli dikedai. Mungkin dalam 30 batang berharga RM25 setiap satu. Namun begitu, En. Chow mencadangkan agar ianya dibina sendiri menggunakan kepingan papan, lebih untung dan menjimatkan.

10/06/2010

PERKEMBANGAN TANAH JOM PAINTBALL

Saya sentiasa berbincang akan kebaikan dan mendapatkan perkembangan terkini dalam menjayakan dan mempersiapkan tapak paintball. Kajian demi kajian harus sentiasa dititik beratkan untuk mendapatkan gambaran agar tapak Jom Paintball adalah terbaik dan mendapat tempat di hati peminat. Walaupun begitu tapak yang dibeli masih belum diselesaikan. Walaupun kelulusan dari JKPTG telah didapati namun proses seterusnya untuk menukar geran asal masih belum diselesaikan. Semasa saya dan pemilik asal mengunjungi Pejabat Tanah Raub, pemilik asal terlupa membawa kelulusan asal dari JKPTG. Yang paling penting adalah no rujukan yang tertera pada yang original. Salinan pula tidak diterima ketika itu. Rumit juga ketika itu. Saya ingatkan surat yang dihantar oleh JKPTG tidak memerlukan tindakan apa-apa dari pemilik asal ataupun pembeli. Didalam surat juga tidak dinyatakan pembeli dan penjual perlu bersama-sama hadir ke Pejabat Tanah untuk tindakan yang seterusnya. Isi kandungan surat pun saya tidak faham. Cuma kenyataan ianya telah diluluskan. itupun nasib baik ada jiran yang bagitau yang telah membeli tanah berdekatan. Walaubagaimanapun saya perlu menyelesaikan perkara tersebut dengan segera.

10/04/2010

JUMPA POLIS UNTUK PERMOHONAN JOMPAINTBALL

minggu lepas saya berjumpa dengan seorang anggota polis membincangkan beberapa perkara dan terutamanya berkaitan permohonan kelulusan bagi menjalankan pusat sukan paintball. Dalam perbincangan tersebut anggota polis terbabit tiada halangan. Namun begitu beliau mencadangkan agar saya membuat temujanji dengan pegawai yang berpangkat di Balai Polis Cheroh. Segala dokumen telah saya sediakan, namun begitu tapak yang dicadangkan belum lagi saya persiapkan. Ini yang membimbangkan. Jika boleh saya perlu menyiapkan tapak dengan segera. Tapak tersebut perlu disiapkan dengan :

1. Lapangan tempat permainan beserta jaring/guni berisi pasir sebagai tempat persembunyian.
2. Bangunan
a.Stor penyimpanan senjata (bilik kebal)
b. Bilik Pejabat
c. Ruangan pendaftaran
d. Tandas /Bilik Air
e.Kelengkapan Pejabat (telefon/mesin fax)
f. Utiliti (Air / Elektrik)
g.Parking Lot
h. Lain-lain