11/24/2010

BERSIH KAWASAN SEBELAH PETANG DI TAPAK JOM PAINTBALL

Pada sebelah petang, saya bersama kawan-kawan ke tapak Jom Paintball. Jika tidak melihat sehari rasa tak sedap badan. Ingin sahaja melihat keadaan sekeliling dan membersihkan apa-apa yang patut. Dapat peluhkan badan sedikit pun tidak mengapa lah. Asal badan terasa sihat dan bertenaga. Ada beberapa longgokan kayu yang perlu dibakar. Susah juga hendak menghidupkan api. Bila dah hujan susah nak kering kayu tu. Puas menunggu bila masa akan kering dan senang hendak dibakar. Ndak pulak hari semakin redup dan angin kencang. Asyik kali melihat keatas kalau-kalau terdapat kayu reput. Waspada kalau kayu terjatuh dan menimpa. Sedikit sebanyak beberapa kawasan telah dibersihkan, tapi banyak juga kerja permbersihan perlu dilakukan. Tambahan kalau kerja dari pagi sampai petang. Terpaksalah menunggu petang atau pun hari cuti. Sampai rumah pun dah dekat jam 6. Dapat lah buat kerja dalam 1 jam. Itupun kalau dah jam 7 memang tempat tu dah gelap. Paling elok jam 6.30 dah kena keluar dari kawasan tapak.

11/22/2010

CEROBOH HUTAN KAWASAN JOM PAINTBALL

Risau gak bila terjadinya pencerobohan dan penebangan balak di kawasan tapak projek Jom Paintball. Di dalam kawasan permainan Jom Paintball terdapat 2 batang balak yang sudah di tanda untuk penebangan hutan oleh pembalak haram. Jika terjadinya perkara tersebut bermakna kawasan permainan akan rosak dan konsep tempur hutan tidak menjadi kenyataan. Tali penanda yang dilakukan disekeliling kawasan Jom Paintball juga telah diputuskan. Namun begitu laporan telah dilakukan kepada Pejabat Perhutanan berdekatan. Jika berlaku pencerobohan di tanah milik persendirian, pihak jom Paintball dinasihatkan agar membuat laporan segera kepada Polis untuk tindakan selanjutnya. Setakat ini kawasan tapak Jom Paintball selamat. Yang sedihnya balak di sekeling tapak telah diambil menyebabkan menimpa pokok kecik di dalam kawasan Jom paintball. Ada la beberapa pokok yang patah.

11/16/2010

POKOK BERTAM DI TAPAK JOM PAINTBALL

Susah betul untuk men Nyah kan pokok bertam kat tapak jom paintball. Kalau pokok dah tua durinya kalau terkena tangan memang berbisa. Ada 4 pokok nak dibuang. 3 pokok bertam dah dicantas daun. Ada satu je lagi balance nak dikerjakan. 3 Pokok dah cuba dibakar tapi tak menyala pulak disebabkan hujan yang tidak berhenti beberapa hari lepas. Kalau dah kering senang ler nak menyala. Tunggu punya tunggu tak juga kering daun ni. Kalau tengok keadaan sekitar pun memang payah nak kering. Dengan pokok-pokok yang besar matahari pun tak mencecah bumi.Balance cuti hari raya boleh sambung mengerjakan pokok bertam tu. Kalau ada masa, lepas sembahyang raya pun bole kejap cantas daun bertam sikit2. Sikit-sikit taram nanti abis ler pokok tu. Kalau tak di buang nanti membahayakan keselamatan. Sesambil itu kerja menanda kawasan dengan tali telah dilakukan bagi mengelakkan kejadian kecurian kayu balak. Elok2 kita tebas semak pokok balak pulak hilang. Kalau konsep paintball jungle. Mesti ler pokok2 besar perlu dikekalkan. Kalau ler hilang pokok besar tu. Laporan polis akan dibuat dan saman keatas 1 batang balak di dalam kawasan lot persendirian boleh dilakukan. 1 batang balak bole dapat RM 100 ribu he.

11/03/2010

BARANG DAH BAYAR TAPI BELUM DIHANTAR LAGI DITAPAK JOMPAINTBALL

Semua barang ni saya dah bayar sepenuhnya. Tetapi saya minta agar sumer barang tak perlu hantar lagi. Kalau hantar karang mana nak letak.

6 ela Pasir Halus
10 Bag simen
20 Batang Tiang simen 12 kaki
1200 biji Bata Pasir
1 Frame Pintu
5 Bag Kapur Air (Putih)

Sape la kawan2 yang nak menolong mengangkat semua barang ke tapak Jom Paintball. Dari jalan masuk kedalam jauh gak tu.

PRODUSER PASANG METER BEKALAN AIR

Pagi semalam saya telah pergi ke Jabatan Bekalan Air Daerah Raub bagi mengetahui tatacara/produser bagi memasang bekalan air di tapak Jom Paintball. Maklumat yang diterima adalah seperti berikut dan perlu dipenuhi oleh Pihak JomPaintball. Disebabkan pihak Jompaintball adalah tanah hak milik maka segalanya adalah mudah dan tidak perlu mendapatkan sebarang kebenaran dari sesiapa. Namun begitu, syarat utama adalah, pemohon perlu menyediakan bangunan dahulu. Kalau tak de bangunan permohonan tersebut tidak dapat diluluskan.

1.Borang permohonan bekalan air (JBA-01a) RM 1.00
2.Fotostat salinan ic (Penama pada bil air)
3.Chop lesen tukang paip yang berdaftar dengan SPAN
4.Fotostat geran tanah (jika hak milik sendiri)
5.Fotostat surat kebenaran MDR/PTD (Jika tanah tol/Kerajaan)
6.Bayaran deposit (mengikut premis/kod bekalan jika mendapat kelulusan)
7.JBA akan memastikan paip dipasang mengikut peraturan.

CAJ BEKALAN AIR RAUB

Rumah kampung/Rumah kos rendah Deposit RM60/Kos pemasangan RM30.00
Rumah Kos sederhana Deposit RM80/Kos pemasangan RM30.00
Banglo (single storey / rumah kedai Deposit RM100 / Kos pemasangan RM30.00
Banglo (Double storey) Deposit RM150 / Kos pemasangan RM30.00
Kedai /Pejabat Deposit RM200 / Kos pemasangan RM30.00
Restoran Deposit RM300 / Kos pemasangan RM30.00
Pembinaan mengikut projek Deposit RM500 / Kos pemasangan RM30.00

11/02/2010

PROGRESS JOMPAINTBALL SEHINGGA 1.10.2010

Buat masa sekarang progress di tapak agak perlahan disebabkan beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan. Sehingga kini tapak parking telah dibuat namun begitu jalan tersebut belum lagi sempurna pada fasa pertama. Fasa kedua nanti apabila jalan dan timbunan tanah sudah mulai padat maka kerja pemadatan menggunakan jentera berat akan dilakukan. Tempahan culvert 4 biji telah dihantar ditapak dan perlu di tutup dengan tanah. Ditapak pula. Kerja-kerja bagi membuang pokok berduri telah dilakukan. Kesemua pokok berduri ada 4 pokok. 2 Pokok dan dicantas. Tunggu masa nak bakar. Petrol saya dah belii haa. Siap le pokok-pokok tu. Hangus karang kena bakar. Barang lain dah order dan dah dibayar pun. Tapi saya holdkan dulu penghantaran barang setelah kerja jalan disiapkan.